TUGAS GPM

TUGAS GPM

PERINCIAN TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH) BIL TUGAS 1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu 2 Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid. 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 4 Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini. 5 Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 6 Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 7 Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. 8 Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. 9 Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. 10 Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. 11 Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS. 12 Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah 13 Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah. 14 Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah. (termasuk bahan, alatan dan perabot) 15 Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP). 16 Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. 17 Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah. 18 Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

Ulasan