Sambutan Majlis Hari Raya


Pihak Sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya pada 30 Sept yang lalu. Majlis tersebut sungguh meriah dan penuh warna warni. semua murid dan guru memakai pakaian baru sempena majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan takbir raya, pertandingan nyanyian lagu raya , kuiz hari raya dan pertandingan baju raya paling glamor.

Semoga majlis ini menjadi batu asas untuk menjadikan warga sekolah lebih dikenali oleh semua pihak dan dapat beramah mesra dengan semua pihak kerana pihak sekolah menjemput semua agensi kerajaan sekitar SKJ2 dan wakil setiap sekolah di dalam zon Jempol. Pihak sekolah juga turut menjemput AJK PIBG, JKKK dan pihak FELDA bagi memeriahkan majlis ini.

Ulasan