HARI PENDIDIKAN 2009


HARI Pendidikan SKJ2 2009 telah berlangsung pada 19/11/2009. Kehadiran ramai penjaga ke majlis ini menunjukkan bahawa ramai ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Dalam Majlis ini seramai 6 orang murid telah berjaya memiliki hadiah utama iaitu merupakan sebuah kereta permainan kawalan jauh. 2 orang lagi mendapat hadiah saguhati. Hadiah ini telah disampaikan oleh Tuan Pengurus FELDA Jengka 2 iaitu Encik Mohd Yazid. Pada tahun 2010 hadiah untuk pertandingan NILAM akan diperhebatkan lagi. Syabas kepada pemenang NILAM.


Pada Hari Pendidikan juga keputusan UPSR 2009 telah dikeluarkan. 4 orang daripada SKJ2 telah mendapat 5A. Iaitu Aiman Fareeq,Naily Nasuha, Rose Shahira dan Shahirah Noor Azam.
Tahniah dan syabas kepada yang berjaya.

Ulasan