1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Bulan Ogos menjelang lagi. Pada bulan kemerdekaan ini, pelbagai aktiviti dan program telah dirangka utk meningkatkan lagi semangat kenegaraan di dalam diri penduduk Malaysia. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


Program-program kemerdekaan turut dijalankan di sekolah-sekolah utk menerapkan nilai2 cintakan Negara dari awal lagi. Institusi-institusi lain turut mengambil bahagian menjalankan aktiviti-aktiviti kenegaraan.



Erti kemerdekaan



Petikan dari arkib Negara:

“Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.”

Ulasan