Hidupmu dan hidupku bagai sebuah buku..

Hidupmu dan hidupku bagai sebuah buku..
Sebuah buku yang berbeza judul,
berbeza cerita,
bahkan ketebalan yang berbeza..
Jangan pernah bermimpi
bahwa pengarang buku kehidupanmu
adalah dirimu sendiri..
Dapatkah kau memilih judul buku kehidupan yang kini kau baca..?
Kau dan aku hanya pembaca yang membuka
selembar demi selembar.. sehari demi sehari..
Tanpa pilihan dimana kita dilahirkan,
sebagai warga negara apa, suku apa, siapa orang tua kita,
bahkan jenis kelamin pun bukanlah sebuah pilihan..
Dan jangan pernah membandingkan
isi bukumu dengan buku milikku..
Kerana isi buku itu bukan pilihanku
dan bukan pilihanmu..
Dapatkah kau meneka akhir cerita buku hidupmu..?
Kau dan aku hanya pembaca yang membuka
selembar demi selembar.. sehari demi sehari..
Tanpa tahu bagaimana akhir cerita
buku kehidupan kita masing-masing.
Selamat melanjutkan membaca buku kehidupan..
Nikmatilah.. Setiap perenggan yang masih tersisa,
Kerana tak ada yang tau..
Mungkin hari ini adalah lembar terakhir buku kehidupanmu.
Kita kembali kepada Sang Pengarang
dan membaca kembali dari awal
Buku Kehidupan yang baru..

Ulasan