Malaysian Community MUST READ...TAKE YOUR TIME... Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku.
Walaupun muka sembap, perut membusung,
namun mak nampak ketenangan pada wajah
abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang
tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang
abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana
baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang
'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci,
sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar
pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong
tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan.
Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat
kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis
dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi
cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke
titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah
kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua
juga. biar tangan kami saja yang memakai dan
membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang
macam tu!" Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu
mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula
selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah
menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi
pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi
abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami
sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai
betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami
bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk
menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua
kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di
sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada
tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu
soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak.
Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak
kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke
pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan
mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis,
sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan
senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum
di saat memangku sekujur tubuh yang pernah
berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua
bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang
sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori
yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan
meruntun jiwa mak kembali mengenangkan
perjalanan derita Abang sejak lahir hingga
menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan
sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah
terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan
untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak
tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya
mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011- Perut Abang semakin membusung
kerana hati membengkak. kata doktor, semua
organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'.
Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati
mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi
pembedahan untuk Abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang.
Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek
apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah..
Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori
sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab
itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak
jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat
kek macam yang Abang minta. Mak kecewa!
Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan
Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek
coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar
bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak
ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-
sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan
ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini
hari jadi abang yang terakhir. 7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut
abang semakin membesar. Abang tidak mampu
untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta
asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan
melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak
bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada
apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya
menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak
redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga
terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para
ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma
mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan
sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka,
sebab mak tidak mahu mereka semua lemah
semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada
harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan
yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga
mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan. 13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak
pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang
kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan
waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan
disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja
permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang
menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila
abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar.
Abah tanya pergi mana? Mak jawab, "Balai bomba!" Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai
bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat
nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu
cuma garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat
pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik,
ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa
untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian
terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit
dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan,
pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan
Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu.
Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15
minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak
perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata
yang mula bertakung. Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak
apa?" Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori
sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya
mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan
sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-
kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan
beritahu perkara sama. Terus berubah mimik
wajah mereka. Segera mereka angkat Abang,
letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup
untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya
pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok
gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun
abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti
dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung,
mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak
main permainan robot, mak bawa ke kompleks
beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana
saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga
mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam
Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik,
milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan
macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan
walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak
dan abah semakin suntuk! 27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang
sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah
lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang
kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil
memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang.
Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital. "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin
akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak
bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum
bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan
redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang
terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak
sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada
cikgu untuk benarkan Kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di
sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada
cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr.
Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga
datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang
mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk
lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat
Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada
surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-
rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-
rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek
lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr
Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam
blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk
menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu
bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu
selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas
abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi
tetamu datang membawa kek berbentuk lori
warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat
lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan
darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu
meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya
mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin
lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak
peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak
tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak
perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi.
Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap
Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak
puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah
hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun
seketika." Abang hanya diam, memandang mak dengan
pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis
sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak
tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak
akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi
di dunia. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar
bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa
Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah
kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam!
Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik
nafas. Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi
sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-
kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin
di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi
bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan
tangisnya. Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas
mak ajak Abang keluar berjalan-jalan. "Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita
turun kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung
Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin.
Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya
minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan
kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar
matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang
sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik
hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala
melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang
menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian
abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba
jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik.
Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-
kakak naik semula ke wad walaupun mereka
belum sempat jamah makanan di atas meja. Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang
di atas katil. Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah,
"Makkk..sakit perut..!" Suara Abang amat perlahan dan amat sayu
bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas
dahi Abang. "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang
pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang.
Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah
Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan
kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata
Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar
mengucup Abang selagi Abang masih bernafas.
Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula
meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar
dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu
menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan
kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu
Abang lihat kami menangisi pemergian Abang.
Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat
akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak
mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk
meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di
penjuru bilik, meraup wajah menahan suara
tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup
tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak
tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan
pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi
mak masih mampu tersenyum. "Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan..
pergilah.." Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup
rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak
semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan
dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun. Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga
Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari
nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang.
Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya.
Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang
telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan
membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja
keinginan Abang semasa hayat abang telah mak
tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah
mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah
sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat,
mak telah menjalankan tanggungjawab
sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan
menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk
mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya'
dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya
tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya
kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak
telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak
telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab
itu mak tidak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa
sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan
sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat
terindah kehadiran Abang dalam hidup kami
biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini
adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital
seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima
jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan
injap, jantung berlubang dan saluran sempit.
Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan
seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah
disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti
berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas
lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini
mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup
Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa). Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen. -Malaysian Community- Sebuah kisah benar menyayat hati yang
melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada
anaknya.

Ulasan
Catat Ulasan