PENGKELASAN DAN PENGKATALOGAN
Pengenalan
Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan
adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan
mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat
menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.
1.0 Definisi dan Tujuan Pengkelasan
Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang , mata pelajaran
perkara dan topik
2.0 Tujuan
1. Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke
tempat asal
2. Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.
3. Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang.
4. Memudahkan proses semakan stok.
5. Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod
pinjaman.
6. Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara
merujuk kepada nombor pengelasan yang diperlukan
3.0 Sejarah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC)
Melville Louis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku di mana sistem
ini akhirnya digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor
pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam
kelas-kelas tertentu. Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan semua ilmu
pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan seperti berikut:
4.0 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
000 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS TULEN
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN
900 GEOGRAFI dan SEJARAH
Untuk pengetahuan anda biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan DDC. Jenis
buku ini dikenali dengan huruf ‘F” sahaja. Contoh ‘FM’ untuk Fiksyen Bahasa Melayu dan „FI‟ untuk
Fiksyen Bahasa Inggeris.Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
Menurut Mat Jizat (1995) walaupun pengkelasan perpuluhan Dewey berasaskan sistem yang
diusahakan oleh Francis Bacon untuk membahagikan ilmu kepada sepuluh kumpulan Dewey
menggunakan angka Arab sebagai kod atau symbol pengenalan. Simbol ini bermula daripada angka
0 hingga 9. Sistem Pengkelaan Perpuluhan Dewey menggunakan tiga angka yang dipanggil
sebagai senarai ringkas yang pertama. Senarai ini seperti apa yang anda lihat dalam pembahagian
sistem pengkelasan perpuluhan Dewey ringkasa pertama di atas.
5.0 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Kedua
Sebelum kita memahami cara hendak menggunakan ringkasan kedua kita terlebih dahulu
perlu mengetahui cara untuk mengelas buku ataupun bahan dengan menggunakan senarai
ringkasan pertama yang telah disebut di atas tadi. Kemudian satu senarai lanjutan yang dinamakan
Senarai Ringkasan Kedua diwujudkan untuk memudahkan kita mencari pecahan ilmu sebagaimana
yang
terdapat dalam ringkasan pertama, contohnya adalah seperti berikut yang kami catatkan di bawah:
Contoh ringkas yang dapat kami nyatakan di sini bagi perkara Karya Am – 000 yang dipecahkan
kepada sepuluh bahagian
000 KARYA AM
010 Bibliografi
020 Sains Perpustakaan
030 Ensiklopedia Am
040 (Belum dikhaskan)
050 Terbitan berkala Am
060 Pertubuhan Am
070 Kewartawanan
080 Koleksi Karya Am
090 Manuskrip dan Buku Nadir
Pecahan dalam ringkasan kedua untuk perkara 100 hingga 900 boleh anda rujuk di
bawah ini:
100 FALSAFAH
110 Wujudiah
120 Ilmu, Sebab, Tujuan, Manusia
130 Kaji Jiwa Biasa dan Ajaib
140 Pendapat falsafah
150 Kaji Jiwa
160 Ilmu Mantik
170 Etika
180 Falsafah Timur
190 Falafah Barat
200 AGAMA
210 Agama Ketuhanan
220 Kitab Injil
230 Asas Ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadah Keristian
250 Urusan Paderi, Kariah Gereja
260 Aspek Sosial dan Hal Ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi Gereja280 Mazhab dan Puak Kristian
290 Agama-agama Lain
300 SAINS KEMASYARAKATAN
310 Perangkaan
320 Ilmu Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran Awam
360 Perkhidmatan Sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan Pertubuhan
390 Adat Resam dan Budaya Rakyat
400 BAHASA
410 Linguistik
420 Bahsa Inggeris
430 Bahasa Jerman
440 Bahassa Perancis, Monaco
450 Bahasa Itali, Romania
460 Bahasa Sepanyol dan Semenanjung Iberian
470 Bahasa Latin dan Itali
480 Bahasa Yunani
490 Bahasa-bahasa Lain
500 SAINS TULEN
510 Ilmu Hisab
520 Astronomi
530 Fizik
540 Kimia
550 Sains Bumi
560 Sains Fosil
570 Sains hayat
580 Sains Tumbuhan
590 Sains Haiwan
600 SAINS TEKNOLOGI
610 Sains Perubatan
620 Sains kejuruteraan
630 Pertanian
640 Sains Rumahtangga
650 Perkhidmatan Pengurusan
660 Teknologi Kimia
670 Hasil Perusahaan Kimia
680 Hasil Kilang Lain
690 Bangunan
700 KESENIAN
710 Seni Lanskap
720 Seni Bina
730 Arca
740 Lukisan dan Seni Hiasan
750 Mengecat dan Catan760 Seni Grafik
770 Seni Foto
780 Muzik
790 Seni Hiburan dan Lakonan
800 SASTERA
810 Sastera Amerika
820 Sastera Inggeris
830 Sastera Jerman
840 Sastera Perancis
850 Sastera Itali, Romania
860 Sastera Sepanyol, Portugis
870 Sastera Latin, Itali
880 Sastera Yunani
890 Sastera Bahasa-bahasa Lain
900 GEOGRAFI DAN SEJARAH
910 Geografi dan Lawatan
920 Biografi
930 Sejarah Am Dinia Purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian Dunia Lain
B. Pengkatalogan
1.0 Pengenalan
Sebuah perpustakaan atau pusat sumber mengandungi koleksi bahan-bahan cetak dan
bahan-bahan bukan cetak. Untuk menggunakan bahan-bahan ini dengan mudah dan berkesan satu
indeks atau senarai bahan-bahan perlu disediakan.. Indeks atau senarai bahan dalam koleksi
perpustakaan atau pusat sumber dikenali sebagai Katalog. Proses menyediakan katalog ini
dipanggil Pengkatalogan
2.0 Definisi
Katalog adalah maklumat bibliografi tentang bahan buku dan bahan bukan buku yang
terdapat dalam koleksi pusat sumber. Ianya mengandungi butiran tentang nama pengarang, judul,
tempat terbit, penerbit dan tarikh terbit serta huraian fizikal bahan berkenaan.
3.0 Tujuan
Tujuan katalog adalah seperti berikut:
1.Untuk memudahkan pengguna mencari bahan atau maklumat tentang sesuatu koleksi di
pusat sumber sekiranya ia mengetahui sama ada nama pengarang atau judul ataupun
tentang perkara.
2.Untuk menunjukkan bahan-bahan yang sedia ada di perpustakaan atau pusat sumber
tentang:
a. seseorang pengarangb. tajuk perkara
c. dalam sesuatu format atau bentuk bahan.
3.Untuk membantu pengguna memudah dan mempercepatkan
proses pencarian maklimat atau bahan di pusat sumber
4.0 Bentuk Katalog
Katalog dapat disediakan dalam bentuk seperti berikut:
1. Kad.
2. Buku.
3. Helaian kertas
4. Pita computer
5. Mikrofom/mikrofis
6. Paparan komputer/OPAC
Di pusat sumber sekolah kebanyakan katalog adalah dalam bentuk kad ataupun
menggunakan sistem komputer
5.0 Peraturan Katalog Mengkatalog Bahan
Bahan-bahan pusat sumber yang hendak dikatalog berpandukan peraturan catalog
mengkatalog AACR ( Anglo American Cataloguing Rules 2nd Ed.) Sesuatu bahan di pusat sumber
sebelum dikatalogkan memerlukan beberapa punca akses ataupun disebut sebagai entri. Entri
adalah satu rekod dalam katalog. Antara jenis-jenis entri yang kami rasa anda pernah lihat adalah
entri pengarang, judul dan pengrang.
Diantara ketiga-tiga jenis entri ini kita perlu memilih salah satu daripadanya untuk menjadi
entri utama. Lain-lain entri kita namakan sebagai entri tambahan. Lazimnya entri utama yang kita
pilih adalah di bawah nama pengarang.
Peraturan Menentukan Entri Utama dan Entri Tambahan. Berikut kami berikan kepada anda
panduan ringkas untuk menentukan entri utama dan entri-entri tambahan dalam proses
menyediakan kad katalog. Sila rujuk jadual di bawah dengan teliti:
PERNYATAAN
PENANGGUNGJAWAB
ENTRI UTAMA ENTRI TAMBAHAN
Seorang pengarang Pengarang • Perkara
• Judul
• Siri ( jika ada)
Tidak lebih tiga orang
pengarang
Pengarang pertama • Perkara
• Pengarang kedua
• Pengarang ketiga
• Judul
• Siri ( jika ada )
Bahan adalah secara langsung
berkaitan badan bergabung
Nama badan bergabung • Perkara
• Judul
• Siri ( jika ada )
Pengarang lebih daripada
tiga orang ( et al.)
Judul • Perkara
• Pengarang pertama sahaja
• Siri ( jika ada )PERNYATAAN
PENANGGUNGJAWAB
ENTRI UTAMA ENTRI TAMBAHAN
Hasil suntingan dan susunan
semula
Judul • Perkara
• Penyunting
• Siri (jika ada)
Tidak ada penanggungjawab Judul • Perkara
• Siri ( jika ada)
Al-Quran dan Bible (Injil) Judul • Perkara
• Siri ( jika ada)
Badan adalah tidak secara
langsung berkaitan badan
bergabung
Judul • Perkara
• Siri (jika ada)
Hasil sesuatu persidangan
tetapi nama persidangan tidak
jelas
Judul • Perkara
• Nama badan bergabung
• Siri (jika ada)
Karya terjemahan Pengarang asal (jika ada) atau
judul
• Perkara
• Penterjemah
• Siri (jika ada)
Karya semakan (revised),
semakan semula, diringkaskan
(abridge), ditokoktambah
(enlarged),
dipadatkan (condensed),
dikemaskini (updated)
Pengarang asal (jika ada) atau
judul
• Perkara
• Penyemak
• Siri (jika ada)
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 2002 Modul Kemahiran Pengurusan Sumber
Untuk Guru m.s. 156 dan 157Di sini kami sertakan beberapa contoh entri utama dan entri tambahan untuk rujukan dan panduan
anda.Penentuan Nama Pengarang
AACR 2nd.Ed. juga memberi panduan bagaimana untuk kita menentukan nama pengarang
dalam proses menyediakan katalog. Di sini kami paparkan panduan untuk menentukan nama
pengarang kepada anda.
Format Bentuk Katalog
Dibawah ini kami paparkan beberapa bentuk kad katalog buku bukan fiksyen, buku fiksyen
dan bahan bukan buku yang biasa terdapat di pusat sumber sekolah.KATALOG BAHAN BUKAN BUKU
OPAC – Katalog Dalam Talian
Perkembangan teknoogi komunkasi maklumat (TMK) banyak mempengaruhi dalam aspek
pengurusan pencarian maklumat di pusat sumber. Salah satu daripada unsure tersebut adalah
pengaruh internet. Untuk memudahkan anda mencari maklumat tentang sesuatu perkara anda
boleh menggunakan talian (online catalog).
Berikut adalah contoh langkah-langkah untuk pencarian katalog dalam talian (online
catalog) menggunakan Library of Congress Online Catalog.Langkah 1.
Klik “Basic Search”‟ atau
Sumber: http://catalog.loc.gov/
1. Tuliskan judul buku diruang ini.
2. Pilih jenis pencarian
3. Klik „Begin Search‟Langkah 2.
Klik “Guided Search” dan isikan butir-butir dalam kotak pilihan.
Sumber: http://catalog.loc.gov/
Taipkan judul buku
Pilih Boolean Term
Taipkan lain-lain pilihan seperti nama Pengarang, ISBN
Klik atau pilih jenis-jenis pilihan.Langkah 3. Catatkan atau print butir-butir pengkatalogan.
Sumber: http://catalog.loc.gov/
Klik “Full Record”.Dengan membuat rujukan tambahan di perpustakaan carikan cara
bagaimana membuat katalog bagi bahan berikut:
a. Buku bukan Fiksyen ( tiada pengarang)
b. Buku fisyen ( tiada pengarang)
c. Bahan Bukan Buku
i) gambar
ii) glob
iii) kad imbasan
iv) transparensi
v) permainan
vi) model
vii) pita audio
viii) peta
ix) poster
x) pita audio
xi) pita slaid
Latihan
Sekarang anda dikehendaki mencari tiga buah buku dan dua buah bahan bukan buku di pusat
sumber. Dengan menggunakan panduan yang diberikan sila hasilkan kad katalog berdasarkan entri
utama dan entri-entri tambahan.h Cuba anda layari laman web Library of Congress Online
Catalogue dan bandingkan dengan kad-kad katalog yang telah anda hasilkan.
Selamat mencuba.

Ulasan
Catat Ulasan