Jumaat, 4 November 2011

Hikmah Diam

Bagi mereka yang beriman,
lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati
dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng
bagi lidah manusia daripada
mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
*”Barangsiapa yang banyak perkataannya,
nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya,
nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya”. (Riwayat ABU NAIM)

*”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

*”Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.(Riwayat AT-TARMIZI)

Madah Dari Berdiam:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH,
TIDAK SALAH. YANG SALAH IALAH MEMIKIRKAN
KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORANG MENGHINA KITA,
BUKAN KITA YANG TERHINA,
SEBENARNYA
ORANG ITU YANG MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam sekiranya kita tidak dapat bercakap
kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin ‘Amir R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..”

Sekian Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan