Jauhi 4 perkara untuk masuk syurga
Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang dapat meninggalkan empat perkara ini masuk syurgalah dia, iaitu darah, harta, kemaluan dan minuman. (Riwayat al-Bazzar)
4 perkara inilah yang menyebabkan manusia menghadapi banyak masalah.
1) Darah. Jauhi pertumpahan darah. Rasulullah s.a.w. bersada, bila dekat kiamat pertumpahan darah banyak (berleluasa), tidak diketahui kenapa orang membunuh, apa salahnya. Kes yang mula didengari di Mahkamah Allah ialah kes pertumpahan darah. Ibadah yang mula didengari di Mahkamah Allah ialah Solat.
Rasulullah juga beritahu, di Hari Kiamat Allah mendamaikan kes pertumpahan darah. Ada seorang yang pernah terlanjur membunuh dan akhirnya insaf dan menjadi orang Soleh (tetapi tidak sempat memohon maaf dari orang yang dibunuhnya). Allah menunjukkan satu bahagian Syurga berkelipan kepada orang yang dibunuhnya. Lalu orang yang dibunuh itu bertanya, milik siapakah syurga ini. Allah jawab “siapa yang boleh bayar harganya, kamu pun boleh bayar harganya jika kamu sanggup memaafkan orang yang membunuh kamu”. Lalu dimaafkan pembunuhnya dan masuk syurgalah dia.
2) Harta. Dalam mendapatkan harta, jauhi harta yang diperolehi dengan cara yang haram, penipuan. Walaupun lepas di mahkamah dunia, Mahkamah Allah akan tetap dibicarakan. Carilah harta dengan cara yang bermaruah. Jangan gadai maruah kerana kalau Allah tidak takdirkan milik kita harta itu, kita tetap tidak akan dapat harta itu.
3) Kemaluan, alat kelamin iaitu seks. Jauhi dari digunakan pada tempat yang salah. (haram). Allah beri satu (1) tenaga kepada orang lelaki. Satu tenaga ini boleh diguna hanya kepada 4 isteri. Ramai orang tidak boleh jaga satu tenaga dan nafsu ini dan diguna pada tempat yang haram, buat perhubungan haram, pelacuran. Di syurga Allah beri 100 tenaga untuk lelaki dan perempauan. Jagalah tenaga yang 1 untuk dapat 100.
4) Jauhi minuman keras. Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak yang haram adalah yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain. Jauhi minuman yang was-was, Rasulullah s.a.w kata jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak. Dekat Kiamat, arak menjadi minuman lumrah dan tidak disebut dengan nama arak lagi. Kita perlu membangkang kedai menjual minuman keras terutamanya di kawasan majoriti orang Islam.
Oleh: Pelita Hidup

Ulasan
Catat Ulasan