Ilmu itu pelita hati..memancar cahayanya kedalam, menambah iman. Memancar keluar, membuahkan amal.

Ilmu itu penghias lidah. Orang berilmu bila bersuara...kata2nya indah, penuh hikmah. Diamnya fikir..suaranya zikir.

Pencari ilmu bagaikan Mujahid dimedan jihad.

Tinta ulama' setimbang darah syuhada'. Jika pedang Mujahid memancung kemungkaran dan kebatilan..Pena ulama' membanteras kejahilan!.

Saidina Ali k.w. pernah berkata.."Pena itu lebih tajam dari mata pedang...
Simiskin menjadi mulia kerana ilmu..Sikaya jatuh dengan ketandusan ilmu. Harta akan habis jika dibelanjakan..tetapi ilmu akan bertambah jika diamalkan.

Mencari ilmu adalah ibadah yang paling lama..tiada batas masa dan usia sempadan belajar.

Seseorg akan tetap menjadi alim, selama dia terus menerus belajar. Apabila dia telah tertipu sangkaan bahawa dia telah pandai...Pada hakikatnya dia adalah 'BODOH'....

Dari Ustaz Nasir

Ulasan