NEGERI PAHANG AKAN BERCUTI SEMPENA HARI HOL NEGERI PAHANG ESOK.

Apa itu Hari Hol Negeri Pahang?
Kamus Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Dalam konteks ini, Hari Hol Negeri Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja di negeri ini. Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Pahang bermula tahun 1974 bagi memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al - Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Al Mutassim Billah Sultan Abdullah iaitu ayahanda Sultan Ahmad Shah yang masih bertakhta pada hari ini. Serentak dengan hari pemakaman Al Marhum Sultan Abu Bakar itu, semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari.
Al Marhum Tuanku Raja Berjiwa Rakyat. BAPA PENCETUS KEMODENAN PAHANG............Al Fatihah...:

Ulasan