Sajak: Guru (Khas ditujukan kpd rakan-rakan seperjuanganku sempena Hari Guru 16hb Mei..Tarikh keramat

CIKGU.. itulah panggilan yang diberikan kepadamu
kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu TIDAK MINTA BALASAN..
JASAMU TIDAK MINTA NILAIAN..
KASIH DAN SAYANGMU TIDAK MITA PULANGAN..
kau menerangi setiap kegelapan.
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
demi melahirkan insan cemerlang...

CIKGU..
dalam ketegasamu ada kewibawaan..
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha.
semangat waja mu membuatkan kau betah meneruskan perjuangan..
Demi membela anak bangsamu maju ke depan..

CIKGU, Tugasmu mencabar dan jiwamu begitu kental
kau berdepan cubaan dan rintangan.
namun kau hadapi dengan ketenangan..

Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar CIKGU..
By: MekBidah Mat Ail

Ulasan