Seperti air ada pasang surutnya begitujugalah dalam persahabatan atau percintaan. Adakalanya bahagia dan adakalanya berduka. Usah bersedih andai sahabatmu tiba-tiba menjauhkan diri. Mungkin ada perkara yang menyinggung hatinya di luar pengetahuan kita. Apa yang penting andai kita masih sayangkan persahabatan itu teruskan berusaha untuk menceriakan kembali perhubungan. Berikut adalah PERLU atau TIDAK yang patut kita tahu dalam menjernihkan hubungan itu.
PERLU :
~Meminta Maaf
Jangan berhenti untuk memujuknya agar memaafkan anda. Di awalnya mungkin dia tidak melayan maaf anda namun percayalah jauh di hati sudutnya dia ingin sekali memaafkan anda. Walaupun sahabat sama juga seperti orang bercinta. Apabila sehari tidak bertegursapa pasti akan rasa serba tidak kena.
~ SMS Manis
Hantarkan SMS yang manis-manis tentang persahabatan agar dia tahu anda masih menganggapnya sahabat terbaik anda. Adakalanya dengan kata-kata yang menyentuh perasaan dapat melunturkan perasaan marah seseorang.
~Ikut Perkembangannya
Biarpun si dia marah dengan anda namun sebagai sahabat teruslah mengikuti perkembangannya. Ke mana dia pergi, dengan siapa dia berkawan supaya dia tahu anda masih mengambil berat tentangnya dan masih mahu terus berkawan dengannya.
~Susah Senang Bersama
Sekiranya dia sakit kamu mesti melawatnya biarpun mungkin kehadiran anda membuatkan dia kurang senang. Namun anda perlu buktikan anda tidak pernah sesekali mengabaikan sahabatnya dan sentiasa akan bersama bukan sahaja di waktu senang tetapi di waktu susah juga.
~Kejutan
Lakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah anda lakukan. Misalnya kalau sebelum ini anda tidak pernah memberikan dia hadiah pada hari ulangtahunnya, anda belikan hadiah untuknya. Mungkin kejutan ini membantu anda untuk memujuk hatinya yang sedang marah.
~Bercuti Bersama
Menawarkan dia bercuti bersama-sama anda dan teman-teman lain adalah salah satu cara yang boleh membantu untuk merapatkan kembali persahabatan anda. Adakalanya apabila sedang berseronok segala pertelingkahan dapat dilupakan sekelip mata.
TIDAK :
~ Menjaja Cerita
Elakkan daripada bercerita atau menjaja masalah anda dan dia sana sini kerana itu hanya mengeruhkan lagi keadaan. Walaupun mungkin tujuan kamu untuk meluahkan rasa namun percayalah andai anda menyampaikan pada orang yang salah cerita yang disampaikan (lauk tambah) akan menjadi pelbagai versi.
~Elak Dari Berkasar
Bagaimana anda marah sekalipun dengan sikapnya yang dingin tapi jangan sesekali anda menengking ataupun berkasar dengannya. Walaupun perang mulut. Masalah tidak akan dapat diselesaikan dengan berkasar. Cubalah bersabar dan berlembut kerana itu adalah jalan yang lebih baik untuk mendapatkan jalan penyelesaian.
~Jangan Mendesak
Jangan mendesak atau memaksanya untuk memaafkan anda dengan setiap saat menelefon atau berada di hadapan rumahnya. Berilah masa untuk berfikir dan bertenang. Setiap orang ituperlukan masa dan percayalah apabila dia bersedia untuk berbincang pasti dia akan melayan sapa anda.
~Tidak Ikhlas
Mulut sahaja kata minta maaf sedangkan hati anda tetap mengatakan anda sebenarnya tidak salah sebaliknya dia yang bersalah. Jangan sangka orang tidak dapat membaca hati anda. Harus juga diingatkan juga mulut anda mungkin boleh menipu tetapi bahasa tubuh dan mata anda tidak mungkin boleh menipu. Dia pasti akan tahu anda benar-benar ikhlas atau mohon maaf hanya terpaksa dan mungkin muslihat.
~Jangan Angkuh
Biarpun mungkin anda ramai teman lain selain dia tetapi jangan terlalu angkuh menunjukkan pada dia bahawa anda masih ada ramai lagi teman dan tidak pernah kisah pun kalau dia tidak mahu berkawan dengan anda. Sikap begini bukan sahaja tidak boleh menjernihkan keadaan malah akan membuatkan dia bertambah benci pada anda.
~Jangan Guna Orang Tengah
Di akui adakalanya menggunakan orang tengah lebih mudah untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati anda padanya. Namun kesannya tidak akan sama seperti mana andai anda yang menyampaikan sendiri apa yang ingin diluahkan. Berterus terang itu adalah lebih baik bukan sahaja untuk menyelesaikan segala pertelingkahan yang berlaku hari ini tetapi juga untuk lebih jelas di masa-masa akan datang.

Ulasan
Catat Ulasan